ASRAMA PUTERI MADRASAH DALAM PERANCANGAN

>> Tuesday, July 5, 2011






Alhamdulillah, bangunan Madrasah Al-Qur'an di Kampung Baru Bintulu sekarang telah siap sepenuhnya. Pihak Madrasah sedang dalam mengemaskini segala pentadbiran dan kelengkapan bilik kelas, asrama dan sebagainya. Sumbangan dari masyarakat Islam semuanya sangatlah di alu-alukan untuk sama-sama menabur pahala dan saham Akhirat.

Setelah siap pembangunan Pusat Madrasah Al-Qur'an, kini Pihak Madrasah sedang dalam perancangan membangun Bangunan Asrama Puteri yang terletak di Lorong 1 Kampung Baru Bintulu juga. Tanah tersebut adalah wakaf seorang hamba Allah bagi Membangun Asrama Puteri. Pihak Madrasah merancang pembangunan Asrama Puteri ini adalah atas permintaan pelajar-pelajar perempuan yang mahu berlajar di Madrasah juga. Mudah-mudahan hasrat yang suci lagi murni ini boleh terlaksana dengan bantuan dan sumbangan semua masyarakat bagi kita sama-sama mendidik dan mentarbiyah anak-anak generasi mendatang.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP