Bangunan MAQ
>> Friday, November 6, 2009
Gambar terakhir adalah cadangan warna Madrasah yang baru
Read more...Memburu Lailatul Qadr
>> Wednesday, September 16, 2009
Hari ini adalah hari ke 26 kita berpuasa. Dalam beberapa hari lagi kita akan memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita cukup kuat dan bersedia untuk menghidupkan 10 malam terakhirRamadhan ini.
Secara ringkas ingin di kongsikan beberapa maklumat tentang malam lailatul qadr.
- Ibnu Hajar, ulama yang mentafsirkan Sahih Bukhari berkata bahawa terdapat 39 pendapat ulama berkenaan bilakah malam lailatul qadr.
- Pendapat yang paling kuat adalah ia jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis di antaranya: “… carilah ia pada 10 yang terakhir dari bulan Ramadhan.”
- 10 malam terakhir bulan Ramadhan tidak semestinya bermula pada malam ke 21. Sebaliknya 10 malam terakhir itu dikira dari belakang. Jika tahun ini Ramadhan hanya 29 hari,10 malam terakhir bermula dari malam ke 20 Ramadhan.
- Tidak ada tanda bahawa malam itu adalah malam lailatul qadr. Pendapat yang mengatakan bahawa cuaca akan dingin, suasana akan tenang, malam tidak berbintang dan sebagainya adalah pendapat yang tidak berasas sama sekali.
- Berkenaan ianya akan jatuh pada malam-malam ganjil, ganjil itu juga dikira dari belakang berdasarkan kepada beberapa hadis seperti “…. tujuh yang baki …. tiga yang baki…” dan sebagainya. Dengan itu perlu dilakukan ibadah mengejar lailatul qadr juga pada malam-malam 20, 22,24,26,28 dan 30.
- Ibadah yang perlu ditumpukan pada malam 10 malam yang terakhir adalah solat malam, tilawah al-Quran dan iktikaf.
- Perlukah solat malam mengikut tertib seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia; solat taubat, solat tasbih dan solat hajat? Jawapannya tidak perlu. Sebaliknya boleh dilakukan dalam apa bentuk yang kita selesa.
- Adakah solat tasbih perlu dilakukan pada setiap 10 malam terakhir itu? Solat tasbih adalah solat yang menjadi khilaf ulama. Ibnu Taimiah berpendapat hadis berkenaan solat tasbih adalah hadis palsu. Dr. Yusof Qardhawi berpendapat hadis tersebut adalah dhaif dan beliau tidak menggalakkan orang ramai untuk melakukannya walau pun beliau tidak menolak bahawa ia harus dilakukan.
- Jika seseorang itu tidak menghafal al-Quran dan ingin melakukan solat dengan bacaan al-Quran yang panjang, beliau boleh memegang al-Quran sambil solat dengan syarat jangan melakukan pergerakan yang banyak selain dari memegang al-Quran tersebut.
- Jika beliau letih, beliau boleh solat duduk (samada duduk seperti tahiyat atau duduk di atas kerusi). Solat sunat boleh dilakukan dengan cara duduk.
- Iktikaf di waktu malam kemudian ke tempat kerja selepas Subuh, dan kemudian pulang semula ke masjid untuk beriktikaf; ketika berada di tempat kerja, sebahagian ulama berpendapat bahawa beliau masih lagi di dalam keadaan iktikaf dan masih mendapat pahala iktikaf.
- Ibadah-ibadah lain seperti sedekah juga akan digandakan pahalanya di malam lailatul qadr.
- Urusan-urusan dakwah lain seperti mendamaikan antara dua yang bermusuhan dan sebagainya juga akan digandakan pahalanya pada malam lailatul qadr. Tetapi harus diatur agar urusan-urusan seumpama itu memberikan ruang juga untuk ibadah-ibadah khusus.
- Urusan-urusan sambutan Raya seperti membeli baju dan lain-lain seharusnya dilakukan awal sebelum 10 malam terakhir itu agar kita dapat memberikan tumpuan kepada 10 malam terakhir.
Wallahu a’lam bissowab.
Marhaban Ya Ramadhan
>> Tuesday, August 25, 2009
dakwatuna.com - Selamat datang Ramadhan. Engkau adalah tamu kami yang agung. Engkau datang membawa berkah bagi kami. Kami bahagai dengan kedatanganmu. Kami bangga karena dengan kehadiranmu ruhani kami menjadi tersirami. Dalam dirimu tersimpan kesempatan tak terhingga untuk kami tebus kekurangan kami masa lalu. Kami menyambutmu dengan spirit iman, karena Allah memanggil kami dengan panggilan yaa ayyuhalladziina aamanuu.
Selamat datang Ramadhan.
Kami ingin memaksimalkan segala kemampuan kami dalam mengisi hari-harimu.
Kami ingin membiasakan bangun sebelum fajar untuk shalat malam dan sahur, karena itu adalah saat-saat yang paling mustajab.
Kami ingin selalu berjamaah di masjid, karena itu adalah sunah Nabi.
Kami ingin mengendalikan nafsu dengan puasa karena itu jalan ke surga.
Kami ingin senantiasa membaca Al Qur’an, karena itu jalan taqarrub kepada Allah.
Kami akan memperbanyak sedekah, karena itu akhlah mulia.
Kami akan bersungguh-sungguh mengisi detik demi detik dengan dzikir kapada Allah, karena itu jalan ruhani menuju ampunan dosa.
Ya, Allah berkahilah kami selama Ramadhan dan selama hidup kami. Jadikan semangat Ramadhan sebagai spirit iman dalam diri kami. Jadikan kami sebagai hamba-Mu tidak hanya di bulan Ramadhan, tetapi sepanjang hayat kami. Tanamkan dalam diri kami cinta masjid seperti kami terbiasa ke masjid saat Ramadhan. Jauhkan kami dari dosa-dosa seperti kau jauhkan kami darinya pada waktu Ramadhan. Istiqamhakan kami di atas kesucian jiwa dan kelembutan hati, seperti kami rasakan selama Ramadhan. Amiin. Read more...
Pelajar IIQ Melanjutkan Pelajaran ke Surabaya Indonesia
>> Monday, June 22, 2009
Institut Iqra yang diusahakan oleh Madrasah Al-Quran pada tahun 2008 akan sekali lagi menghantar pelajar pada 16 Julai 2009. Pelajar merupakan aset dan bakal pemimpin di masa hadapan, bagi mencapai cita-cita murni ini marilah kita sama-sama doakan mereka seramai 5 orang mendapat kejayan dan pulang dengan semangat juang dakwah kepada masyarakat Sarawak Amnya.
Kita tahu bahawa nak menimba ilmu, diperlukan beberapa perkara seperti masa yang panjang, semangat belajar, kewangan dan .........
Bagi mencapai hasrat ini, sokongan dan doa dari semua sangat dihargai. Bagi melancarkan penghantaran pelajar, bantuan kewangan sangat diperlukan. Sekiranya saudara saudari ingin menyumbang kewangan bagi penghantaran tersebut, anda boleh menyalurkan terus kepada pihak Institut Iqra. Inilah masa yang sangat sesuai untuk anda menabung untuk bekalan akhirat nanti. Bantuan dari anda semua pasti Allah akan membalasnya dengan balasan yang setimpal, insya -Allah.
MADRASAH TETAP DI HATI MASYARAKAT BINTULU
>> Tuesday, June 9, 2009
Alhamdulillah, setelah sekian lama MAQ diwujudkan di Bintulu